Mengapa memelihara arnab? Anda mungkin memelihara arnab untuk dijadikan binatang kesayangan ataupun untuk tujuan ternak.
Arnab sebagai binatang kesayangan: Anda perlu menentukan bilangan arnab yang ingin dipelihara. Sudah tentu anda tidak mahu mempunyai arnab kesayangan sehingga 30 atau 40 ekor. Di sini anda mempunyai pilihan:

a) memelihara hanya seekor arnab
b) memelihara arnab yang sama jantina,
c) memandulkan arnab dengan bantuan doktor haiwan.
Sekiranya ini tidak diambilkira, arnab akan membiak. Ingatlah!, arnab boleh membiak dengan sangat cepat dan dalam masa yang singkat anda akan mempunyai terlalu banyak arnab. Anda boleh memilih samada untuk memelihara arnab kesayangan di dalam rumah atau di luar rumah. Sekiranya anda ingin memelihara arnab di dalam rumah, banyak perkara yang harus diperhatikan:
a) perlu melatih arnab untuk membuang najis dan kencing di tempat yang disediakan,
b) perlu mencuci tempat najis dan kencing ini selalu kerana bau kencing arnab agak kuat kecuali jika arnab sudah dimandulkan, baunya akan berkurangan,
c) perlu sentiasa menyediakan air bersih dan bekasnya dicuci setiap hari,
d) perlu menyediakan sangkar yang baik untuk arnab tidur,
e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam dengan membiarkan ia berlari dan melompat di luar rumah
e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam dengan membiarkan ia berlari dan melompat di luar rumah
f) sembunyikan wayar dan kabel elektrik dan talipon kerana arnab suka menggigitnya.
Sangkar,kandang atau cage:
Jika anda memelihara arnab kesayangan di luar rumah, harus pula disediakan kandang yang baik dan mudah dibersihkan. Kandang yang biasa harus berlantaikan jaring dawai berukuran 1 inci x 0.5 inci supaya najis dan kencingnya tidak terkumpul di dalam kandang. Semasa arnab masih kecil, gunakan alas lantai berjaring halus. Jika tidak kaki arnab boleh tersepit di celah jaring lantai dan kemungkinan akan patah. Jika lantai kandang diperbuat daripada papan, arnab anda mungkin dijangkiti bakteria dan berkudis di tapak kakinya. Kudis ini biasanya bernanah. Saiz kandang yang sesuai ialah 2.5 x 2.5 x 2.5 kaki. Satu kandang untuk seekor arnab sahaja untuk mengelakkan pergaduhan dan kecederaan. Letakkan kandang arnab di tempat yang teduh, mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak panas, contohnya, tidak menggunakan atap zing. Sediakan sekeping papan kecil di dalam kandang anda sebagai tempat arnab baring kerana ia lebih suka baring di atas permukaan yang rata.
Makan dan minum:
Penjagaan makan dan minum sangat penting untuk menentukan kesihatan arnab. Ketika berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab yang boleh dibeli di kebanyakan kedai runcit. Selepas umur 3 bulan, anda harus membekalkan sedikit sayur-sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan, sekali-sekala (sajikan sayuran dan buah-buahan segar sahaja). Elakkan memberi kangkung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan arnab sakit perut. Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah rumput kering. Jika anda hanya menggunakan baja untuk arnab dewasa tanpa kawalan, arnab akan menjadi terlalu gemuk dan tidak menarik lagi. Kadangkala ia akan mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan dirinya. Jika di dalam makanannya tiada serat (sayuran dan rumput) arnab anda mungkin akan mati sakit perut! Ini disebabkan bulu akan bergumpal dalam tali perut (hairball) dan menjadi tersekat. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk.
Jangan gunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan.
Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Sebaik-baiknya gunakan pembasmikuman yang boleh dibeli di kedai-kedai “pet shop”.
Jika kawasan rumah tidak berpagar, awasilah arnab anda ketika ia dilepaskan. Jika lalai, arnab anda mungkin diserang oleh anjing atau sesat dan tidak jumpa jalan pulang!
Arnab boleh hidup lama, sesetengahnya mencapai umur 5 hingga 8 tahun. Oleh itu, memelihara arnab sebagai binatang kesayangan bukan kerja yang mudah. Tugas memberi makan dan menjaga kebersihan serta kesihatan arnab setiap hari tidak boleh diabaikan. Jika tidak, ia bukanlah binatang kesayangan!

JANGAN:
a) Jangan mengangkat arnab di bahagian telinga;
Arnab tidak suka dipegang di bahagian telinga. Tambahan pula tubuh arnab berat tetapi tulang- tulangnya lembut. Arnab akan meronta jika dipegang telinganya. Jika ia meronta dengan kuat, kemungkinan tulang leher atau tulang belakangnya akan patah. Cara mengangkat arnab adalah dengan mencekup telinga sekaligus dengan kulit di bahagian belakangnya dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mengampu di bahagian punggungnya. Jika arnab meronta-ronta, biarkan ia sebentar dan ulang semula pada masa yang lain.
b) Jangan sergah arnab anda;
arnab sangat sensitif kepada bunyi yang kuat dan yang memeranjatkan. Ia akan melompat dan berlari ketakutan. Arnab yang ketakutan mungkin tidak mahu makan untuk beberapa hari.
c) Jangan lakukan arnab seperti seekor kucing;
Anda tidak boleh melayan arnab seperti seekor kucing. Anda boleh memegang dan membelai arnab tetapi sesetengah arnab hanya suka dibelai tanpa dipeluk. Tendangan kaki belakang dan cakaran kaki hadapannya kuat dan boleh melukakan tangan. Berhati-hatilah!.
d) Jangan abaikan arnab anda;
Apabila membeli arnab, anda harus bersedia untuk menjaganya. Jangan beli jika tidak memahami bebanan yang mungkin anda tanggung. Jangan juga hadiahkan arnab (yang pada mulanya kelihatan sangat comel) kepada kanak-kanak yang tidak faham penjagaan arnab kerana apabila ia telah besar, comelnya mungkin akan hilang dan arnab itu diabaikan.