ikan ini lebih diminati oleh kaum wanita kerana kecomelan dan badannya yang berwarna warni. tapi lelaki pun ada juga yang suka pada ikan ni. Sebenarnya ikan guppy adalah sejenis spesis ikan yang senang dijaga dan mudah membiak. cuma perlu masukkan antiklorin dalam akurium dan ikan ini boleh dibela dengan mudah. seekor ikan guppy betika mampu membiakkan lebih 20 ekor anak sekiranya hayatnya panjang.
makanan ikan guppy ada dijual di kedai-kedai ikan. ada makanan khas jenama guppy dan ada jugak jenis makanan halus lain tapi boleh gak diberi pada guppy.
untuk menyegarkan ikan guppy, disyorkan dimasukkan penapis dan sedikit tumbuhan akuatik. tapi kalau tak nak pun takpe sebab ikan guppy tetap boleh survive...
cara nak salin air adalah cuma gantikan separuh saja air dari akurium untuk elak ikan terkejut dan mati. sebab ikan ni boleh hidup dalam air yang 2-3 bulan tak ditukar..tapi kasihan la, lagipun klu air x jernih tak nampak dgn jelas la kalernya yg berwarna-warni tuu..
akhir sekali, ramai yang kata ikan guppy makan anaknya. Jadi sebaik menetas si anak kena asingkan dari guppy dewasa, mungkin betul gak. Tapi pengalaman saya, kalau ada kayu@tumbuhan akuatik dalam akuarium tak perlu sebab anak ikan guppy akan menyorok di sebalik tu sehingga ia bersedia untuk berenang kat luar.
harap tips ini dapat membantu bagi yang baru mula nak membela ikan guppy!